SENARAI ADUAN AWAM PERBADANAN LABUAN BAGI TAHUN 2015
BIL | TARIKH TERIMA | ADUAN / PERKARA | BUTIRAN PENGADU | SALURAN ADUAN | MAKLUMBALAS PL | TARIKH MAKLUMBALAS |
1 | 05.11.2015 | Masalah banjir di halaman rumah No. SK0291, Simpang SK31, Kg Sg Keling, WP Labuan | Penduduk Kg Sg Keling | Surat | Lawatan tapak pada 16 Nov 2015 mendapati tiada banjir pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, sistem saliran yang disediakan daripada lot di bahagian atas tidak mampu mengalirkan air dengan baik terutama pada musim hujan lebat. Satu notis telah dikeluarkan kepada arkitek terbabit untuk menyelesaikan aduan ini pada 03 Dec 2015. | 03.12.2015 |
2 | 21.05.2015 | Pokok tinggi dikhuatiri tumbang membahayakan keselamatan awam di belakang Blok E, Taman Mahkota Impian, WP Labuan | Penduduk Taman Mahkota Impian | Hadir Sendiri | Hasil lawatan pada 25 Mei 2015 mendapati pokok tersebut berada di kawasan tanah persendirian dan tiada laluan kenderaan. Perkara ini kepada Pejabat Tanah & Galian untuk tindakan melupuskan pokok tersebut kerana PL buat masa sekarang memberi tumpuan kepada pokok-pokok di kawasan jagaan PL sahaja. | 17.06.2015 |
3 | 09.04.2015 | Sampah belum dikutip di Taman Batu Arang, WP Labuan | Penduduk Labuan | Emel | Sampah telah dikutip oleh kontraktor dilantik pada 10 Apr 2015. | 10.04.2015 |
4 | 24.02.2015 | Paip sinki bocor di M69-0004, Taman Mutiara, Kg Sg Bedaun, WP Labuan | Penghuni Taman Mutiara | Borang | Kerja baikpulih adalah di bawah tanggungjawab penyewa mengikut Lampiran Senarai Kerosakan Rumah sewa | 04.03.2015 |
5 | 29.01.2015 | Siar kaki dijadikan tempat perniagaan di belakang Kedai Jual Tayar Leong Gender Trading, Jati Shophouse, WP Labuan | Penduduk WP Labuan | Telefon | Pemeriksaan telah dijalankan pada 04 Feb 2015 mendapati longgokan tayar di hadapan premis tersebut. Satu notis amaran terakhir telah dikeluarkan. Anggota penguatkuasa mengarahkan pihak terbabit agar tayar tersebut dialihkan dengan kadar segera. Pemantauan dari semasa ke semasa. | 04.02.2015 |