mel E-mail  

image

Perpustakaan Awam Labuan merupakan satu-satunya Perpustakaan Awam di Wilayah Persekutuan Labuan yang memberi perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat Labuan semenjak tahun 1960-an lagi bermula di Padang Bandaran (Dataran Labuan). Kemudian berpindah ke Bangunan USIA (Hotel Sara) pada tahun 1980-an, seterusnya pada tahun 1990-an di Bangunan Bekas Pejabat JKR lama, Kg. Gersik dan pada tahun 2000 Perpustakaan Awam Labuan berpindah ke bangunan baharu di Wisma Perbadanan Labuan.

 

Pada 1 September 2010, Perpustakaan Awam Labuan sekali lagi berpindah ke lokasi baharu iaitu di Bangunan Menara Perbadanan Labuan, Jalan OKK Awang Besar dan dirasmikan oleh Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar pada 7 Oktober 2010. Lokasinya berada di tengah-tengah bandar Labuan dan mempunyai rekaan yang lebih menarik dan teratur.

 

Halaman-halaman: 1  2